Showing posts with label Argan Oil. Show all posts
Showing posts with label Argan Oil. Show all posts

Wednesday, February 22, 2012

Argan Oil and The Story

I am actually quite hesitant to write this here, coz it sounds like I'm advertising or something, which I am not. But I have never used a skincare product that works this well, and I thought it would be best to share it with people.

I have dry skin. I have rough dry bumps on my arms on which I have tried TONNES of products.
I also have acne-prone but dry skin on my face.

To cut a long story short, my hubby went to Mauritania for a business trip, and the locals there introduced him to Argan Oil, produced by Morocco women . I read up about it online and was quite shocked to see the rating reviews. So hubby bought one box of Argan Oil for me .

I tried it on my skin, and within DAYS my bumpy skin on my arms disappeared. I applied it to my face as moisturizer and my skin looks much better now. I have now started to try it on the fine lines below my eyes, and woohoo, I think its working! Best of all, it does not cause me to break-out.

It absorbs like a dream and doesn’t feel like normal oil at all coz it absorbs immediately and doesn’t feel oily. As of now, 80% of the bumpy skin on my arms have disappeared, and I have only used slightly less than one bottle.

So for those of you who have skin problems or those who wish to try a natural, effective way to a better complexion, you may want to consider this. I googled it, and Argan oil is very expensive outside of Morocco. It’s quite hard to find too. But InsyaAllah  I can help you girls. You can buy it from me cause as per today I still got a few bottles in my hand now. Otherwise Kiehls sells them too. There's Kiehls in Malaysia right? Or you can buy Argan oil online too, but make sure its from a reputable seller ya.
Some women spend hundreds of RM on expensive creams etc, but I think this one is much better   and cheaper!




Tuesday, February 21, 2012

Inilah dia


Hah.. ini lah dia argan oil yang aku kepochi kan sejak dahulu. Kalau tengok pada packaging mintak mahap la nak beli. Tapi bila dah tahu kebaikan argan oil ni apa la ada pada bungkusan kan. Dekat rumah stock masih ada banyak lagi, lepas ni kalau kehabisan stock mana la carik kan.

Si Cikgu adik pun menggunakan minyak ni. Muka dia yang macam bulan tu pun dah semakin ok. Harap naik pelamin nanti muka ko bersih ye dik.



Tuesday, November 15, 2011

My New Skin Look


Oohhh sila abaikan muka saya yang berkerut itu. Sila tumpukan perhatian pada my flawless skin. Huhuhuhu... bukan aku perasan tapi boleh dikatakan semua orang yang aku jumpa akan tanya akan perubahan kulit aku. Hihihi. Tarak rahsia. Tapi aku perasan perubahan kulit aku ni sejak aku pakai argan oil. Argan oil yang En Suami belikan tu. Suka suka suka la. Laa ni rejim harian aku cleanser, toner and argan oil aje lah. Benda alah lain aku dah takde pakai dah. Tak pakai make up pun takpe, mak tetap nampak cantik! :P tapi aku memang dari dulu pun jarang pakai make up tebal-tebal ni. Foundation pun jaaaaaaaaaaaaaaaarang pakai setahun tu ada la 2-3 kali aje pakai. Itu pun tengok pada occasion. 

La ni kalau En Suami balik dari Mauritania beg tak pernah takde ada Argan Oil. Ada aja orang kirim. Murah occay! Di ulang sekali lagi murah!! Lagipun tak perlu was was dengan ketulenan minyak argan tu. Dia memang pure from Morocco. En Suami beli dekat sana. 

Minyak argan ni banyak kegunaannya. Boleh sapu dekat muka, siku, tumit. Nak hilang kan jerawat. Sapu dekat rambut untuk melebatkan rambut. Hah yang lagi best boleh buat awet muda. Jangan tak tau argan oil ni kan ada jugak yang untuk di masak. Banyak lah kegunaannya. Korang boleh google pesal argan oil ni.

Ok lah nak tido, jumpa lagi



P/S:  Aku takde edit apa-apa dekat gambar ni. Ni memang gambar asal.

Saturday, January 22, 2011

Cerita argan oil

Hmmm... Bosan la. Bosan yang amat. Aliyah tido. Suami outstation. Aku nak tido petang memang mimpi la ye.

So aku kemas-kemas meja solek aku. Aku ternampak argan oil. Hah baru aku ingat aku ada hutang satu cerita dekat korang pesal argan oil. Ehee... aku dah pakai dah argan oil ni. Dekat sebulan. Emmm tak tau la nak komen apa. Botol dia nampak macam cokia je. Tapi suami cakap memang la produk ni dekat Morroco dia amik dekat kampung-kampung aje. Alaaa macam jamu-jamu yang jual dekat kampung tu. Yang ada dekat pasaran tu diorang dah brandkan produk diorang tu. Buat packaging cantik-cantik.

So, at first aku memang macam tak nak guna je, aku memang fobia sikit dengan benda-benda yang nak kena letak dekat muka ni. Muka aku kan dulu teruk. Break out! Tapi guna jugak la, orang dah belikan kena la appreciate kan. Nanti majuk lak. Memula pakai tu hmmm cam oily jerk. Tapi aku bedal aje laki nun kat oversea sana takde sapanya la nak cium aku memalam ni. Hihihihi. So esok paginya bangun, muka rasa macam apa ye tak tau la nak describe. Rasa macam best je. Tu yang aku teruskan pakai jugak. Aku bukan letak dekat muka je, kat rambut aku letak, dekat siku dengan tumit pun aku letak. Hihihihi All For One. Best gak benda alah ni.

Adik aku pun ada pakai gak. Muka dia memang tengah penuh dengan 'jerawat gatal ' mak aku cakap. Hahahahah. Aku tengok pun macam dah okey sikit. Bila aku search dalam internet huishhh mahal rupanya argan oil ni. Dekat Morocco sana aje yang banyak minyak argan ni. Patut la beriye-iye dia suh aku pakai.

Eh kalau letak dekat perut agak2 perut yang bonce bulih kempis tak. Ahaks!!


Friday, December 17, 2010

Saya tak cantik lagi ke...

Tajuk tak boleh blah la engkau ni Nini. Huhuhuhu.


Ok aku bukan nak cakap pesal aku ni cantik ke idak, tapi dok heran la kenapa suami dok sibuk tanya argan oil argan oil kat aku lately ni. Hmmm lepas aku dah menggoogle pesal argan oil dekat sini. Aku naik heran la bila tau apa tu argan oil.  


"Argan oil is anoil produced from the kernels of theargan tree,endemic to Morocco, that is valued for its nutritive, cosmetic and numerous medicinal properties."
Ishhh untuk tujuan kecantikkan laaaa. Aku ni tak cantik lagi ke(statement memang tak boleh blah hihihi). Cantik itu sangat subjektif. Kalau luaran saja cantik dalaman nan hado... buat apa kan. Lagi satu kalau muka saja cantik tapi perangai nauzubillah memang failed la kan.

Akhirnya tadi lepas kitorang berskype baru la aku tau, suami ada belikan aku Argan Oil. Dia cakap argan oil tu elok untuk kulit, rambut. Dia cakap mata aku dah macam "Panda Bear " dengan eyebag nya lagi. Isk isk awak komplen muka kita ye. Kita tau la sejak ada anak ni kita memang tak concious sangat pesal kecantikkan kita. Tapi kan tapi kan, hubby cakap dia kesian dia aku sebab tu dia belikan aku argan oil tu. Dia kata kalau beli dekat Malaysia fuhhh mahal ko.

Jadiknya, aku dengan terkinja-kinjanya tak sabar nak tunggu suami balik dari Mauritania.

Nak cantik nak cantik!








Monday, December 13, 2010

Argan Oil... apa tu??

Eh korang, argan oil tu apa ek. Tadi aku berskype dengan suami. Dia tanya aku, sama ada aku pernah dengo atau idak pesal argan oil. Aku cakap dekat dia aku tak tau argan oil tu apa. Aku tanya dia nak buat apa. Dia takmo jawab. Dia suh  aku carik sendirik. Huh sombong, dah la dia tanya kita dia suh kita lak carik jawapan. So, esok suami nak tau jawapan dari aku. Aiseh, macam peksa la pulok.

Ok, ni nak carik info pesal Argan Oil. Esok nak kena jawab soklan peksa dari suami

Tata