Monday, January 31, 2011

Rindu

Apabila rindu bertandang yang kebal pun boleh rebah dek penangan rindu ni. Aku rindu en suami yang jauh kat sana. Anak demam selsema, mak abah balik kampung menjengah kebun sawit, kereta kebal aku buat hal, adik tengah sibuk dengan persiapan nak kena posting ke Pahang walau pun dia tak punya semangat nak berjauhan dengan mak abah. Tapi apakan daya kabel karat yang diharapkan memangnya kabel karat cap ayam ****(huish aku tak boleh mencarut nanti Aliyah mengikut lak kan).

Kesian adik, dia pelajar cemerlang kat IPG dia tapi tercampak jauh daripada mak abah. Takpe la dik ko kan pelajar cemerlang kat IPG, mungking pelajar2 kat Pahang memerlukan khidmat ko yang cemerlang. Jangan nangis walaupun ko memang dah menangis sob sob sob. Takpe nanti bila aku pindah Kerteh ikut laki aku ko boleh la selalu lepak rumah aku kan dik.

Lagi berapa hari hah en suami nak balik Malaysia, 1,2,3,4,5,6,7,8..... 16 hari lagi ye. Aku menghitung hari ni. Kadang-kadang yang kuat pun perlukan bahu untuk mengadu ye kawan-kawan. Masalah takde lah berat tapi bila dah sorang-sorang macam ni sob sob sob kadang-kadang perlukan bahu nak mengadu... tak tak tak bukan lonely bukan nak carik yang lain( aku pecinta yang setia ye sumpah takde yang lain ye) tapi aku rindu suami aku.

Betul-betul rindu walaupun aku tak pernah nak pamerkan... hey aku kan wanita perkasa lagi macho... hahahaha.....


....continue




2 comments:

pokcu said...

org rindu syg gak..... tuhan jer tau rindu org.. ni kat perantauan lak...

Nini Best said...

alamak entry ni sudah terbaca oleh sang suami.... malu malu.... we miss you too..

Post a Comment