Tahun ni hari raya tak semeriah macam dulu sebab aku baru kehilangan abah. Tapi raya tetap disambut macam biasa taaaaapi memang akan ada banyak bezanya. Alhamdulillah, I have found strenght to survive day after the day, but sometimes I don't realise I start crying. When I heard raya songs I start crying, before I sleep I'm thinking of my abah. I pray for arwah abah as much as I can. I know life must go on.
Tahun ni turn Muar. Kena la ikut turn kan walau dalam hati Allah sahaja yang tau macam mana kuatnya keinginan nak temankan mak dipagi raya. First time kan beraya tanpa abah. Sangat-sangat susah! Rindu Allah saje yang tau. Hari ni aku keje lagi. Nak buek macam mana, cuti aku kan tahun ni banyak pakai. Macam-macam perkara jadik tahun ni kan. So malam karang kitorang akan berangkat balik ke sana. First time ni balik malam raya. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah balik kampung malam raya. Semoga perjalanan kami nanti akan berjalan lancar.
Kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga Allah menerima puasa kita dan menajdikan kita kembali dalam keadaan suci dan semoga kita tergolongan dikalangan orang - orang yang mendapat kemenangan.
SELAMAT HARI RAYA, PANDU CERMAT YE
No comments:
Post a Comment