Sunday, October 16, 2011

Tangan Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima

Sticky Post 48 hours


Aku percaya apa-apa ajaran sekali pun di dunia ini akan mengajar umatnya untuk membuat baik termasuklah agama Islam agama yang aku anuti. Salah satu daripadanya dengan bersedekah pada mereka yang memerlukannya. Aku terpanggil untuk sama-sama berkongsi tentang Rumah Aman ni di sebabkan perasaan sayunya hati aku menjadi yatim.

Rumah Aman merupakan rumah anak-anak yatim lelaki  yang terletak di Shah Alam. Beroperasi sejak 2005. Setakat ini mempunyai 30 orang penghuni pelbagai umur yang mendiami rumah tersebut. Di rumah ini penghuni di beri bukan sahaja pakaian , makanan, kelengkapan harian tidak lupa juga pendidikan! Misi mereka hanya satu ‘ingin memberi anak-anak ini kehidupan yang baik, sama seperti anak-anak lain yang mempunyai keluarga.


Tahun ini tahun pertama aku menjadi yatim. I tell you it was sooooo hard!! Sangat sedih! Tapi menjadi yatim di usia aku sekarang ini mungkin tidak seteruk anak-anak ini. Anak-anak ini masih memerlukan Rumah Aman untuk mereka berlindung. Untuk makluman, Rumah Aman memerlukan sumbangan kira-kira RM20 ribu daripada kita semua. Jadi satu projek telah dijalankan dibawah program oleh TLC Promise Me Season 2 dan Nuffnang adalah salah satu pihak yang dipilih untuk membantu meningkatkan dana itu. Dana itu nanti akan digunakan untuk memperbaiki dan menaik taraf  sistem lampu dan pendawaian rumah tersebut yang sudah berusia 15 tahun di mana juga ada di antaranya sudah rosak disambar petir dan kilat. Jadi, sumbangan segera diperlukan untuk memastikan anak-anak ini terus selesa berada di Rumah Aman.

Untuk menyumbang korang semua ada tiga cara 

  • Online: Anda boleh membuat sumbangan terus ke Rumah Aman melalui perbankan Maybank2U, dengan tajuk : “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Sumbangan akan terus ke account Rumah Aman(Shah Alam) akaun nombor 562106720433 (Maybank). Selepas sumbangan dibuat anda dikehendaki menghantar bukti pemindahan sumbangan anda itu ke After you have made the tlcpromiseme@nuffnang.com

  •  Melalui cek :  Cek boleh di isu atas nama Nuffnang Sdn. Bhd. dan hantar ke alamat berikut



12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
             50300 Kuala Lumpur.

  • Penulis-penulis blog Nuffnang juga boleh menderma dengan hanya menekan butang ini untuk kredit sejumlah kecil daripada pendapatan korang, macam yang dah aku buat kat bawah ni 



Sedikit info: Semua derma boleh ditolak cukai pendapatan kita yeay. Dah la dapat membantu orang dapat pulak tolak cukai. Bukan ke best kan. Oh ye jangan risau Rumah Aman akan mengeluarkan resit untuk setiap sumbangan yang dibuat oleh korang semua :)

Jadi apa tunggu la moh la ramai-ramai kita membantu anak-anak ini. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Jadi ringan2kanlah tangan kita untuk memberi sedekah walaupun dalam kadar yang kecil. Kecil besar bukan ukuran yang penting keikhlasan hati kita untuk membantu.


* apabila matinya anak Adam itu, maka terputuslah semua amalan kecuali tiga,
1.            sedekah jariah,
2.            ilmu yg di manfaatkan dan
3.            doa anak-anak yang soleh/solehah.







No comments:

Post a Comment