Entry ini lebih panjang dari biasa. Sebab sempena isteri ambik cuti hari Selasa, jalan-jalan, makan-makan suka suki bersama suami dan anak. Kalau tak suka baca sila klik X di hujung kanan.
Hari Selasa aku ambik cuti. Cuti sempena suami pun bercuti gak. Ehee. Lama kami bertiga tak kuar jalan-jalan. So I've decided to take leave. Hari Isnin tu masa tengah lunch dengan suami kat Ayam Penyet Express(oh sambal kamu bikin gua nanges dong), baru aku bagitau suami yang aku cuti Selasa tu.. Suami buat muka terkejut. Huhuhu macam tak caya si isteri ambik cuti.
So, Selasa seperti yang dirancang, aku dan suami bawak Aliyah pergi Zoo Negara. Pukul 10 pagi macam tu gerak dari rumah. Entrance fees untuk dewasa RM20.00, bebudak pulak macam Aliyah tak dikenakan bayaran sebab below 3 years tak kena. Gambar kat Zoo takde ye. Ehee... tapi aku boleh tengok la yang anak aku seronok hari tu. Paling kelakar bila dia nampak montot baboon, dia boleh cakap " Wah cantiknya"! Memang tak boleh blah la. Nampak tiger, dia cakap "Tiger meh la sini" . Aku suka bila tengok anak aku suka. Suka bila dapat keluar bertiga. Aku rasa dekat 2-3 bulan gak kitorang tak keluar jalan-jalan bertiga.
Ok, lepas habis pusing-pusing dekat Zoo Negara, our next visit ialah Ikea! Horray Horray ibu sangat seronok. Seronok sebab dapat pusing-pusing dekat Ikea tanpa montot kena langgar dengan trolley. Berjalan-jalan dihari bekerja adalah sangat ohhsom ok! Orang tak ramai, nak makan Ikea Meatball pun tak payah nak Q panjang-panjang. Saya sangat suka lah.
Dah habis makan, lokasi seterusnya shoppiiingggg!! Memula tu takde la nak shopping sangat, sebab perut dah kenyang, kaki dah lenguh tapi hati terdetik nak carik tudung. So kami berpecah suami pegi kedai kegemaran Ace Hardware, isteri pegi kedai pilihan(bukan lah pilihan sangat pun)... aku singgah masuk ke Padini Concept Store... Alhamdulillah takde satu pun yang singgah di hati. Bagus bagus.. jimat duit. Tiba-tiba kali melangkah masuk ke Brands Outlet, aku nampak baju polka dot. Aku sangat allergic ok dengan polka dot, apa benda pun aku nak polka dot. So aku laju-laju tolak stroller masuk dalam kedai menuju teruss dan terusss menyambar baju yang aku nampak tu. Memula satu, pastu satu lagi, pegi kanan sambar lagi satu, pegi ke kiri aku sambar satu lagi. Wah semuanya bila aku kira 8 helai baju yang dah aku sambar. Tapi lepas dah try satu-satu aku 4 helai aje yang kena kat badan aku. Aliyah pun dapat gak. Dia lagi banyak ok dari aku. 6 helai baju termasuk legging. Aku suh suami cari baju ke seluar yang berkenan dihati dia, takmo pulak dia. Aku cakap kat dia "On Me" takmo gak. Cuba aku bawak dia masuk kedai Nikon, mau 3 jam pun tak cukup dalam tu.
Dah settle dekat, Brands Outlet next visit The Curve. Memula tak nak pegi tapi dah alang-alang sampai situ, suami cakap "Moh aje la kita singgah" Horray Horray bersorak riang hati isteri tau. I kalau pesal shopping I ok aje tau. So, dalam kepala fikir satu aja. Tudung. Terus aje langkah laju-laju tolak stroller Aliyah meninggalkan suami yang terkedek-kedek kepenatan. Yeah finally I found you, Aidijuma. Aku memang dah lama berangan nak beli barang sehelai dua tudung Aidijuma ni. Since bulan November tahun lepas macam tu aku dah start berangan. Tapi nampaknya hajat tak kesampaian sebab servis diorang kusss semangat punya la lembab. I sent invoice tu them on December(time tu ada promo buy 5 for RM30, sapa tak nak kan RM6 each) tapi sampai la ni tak dapat-dapat repond. So I give up. Aku plan beli offline aje la sebab takat The Curve tu memang tempat bermain-main la kan. Suami & anak sangat meberi kerjasama. Duduk berdua bersenang lenang dikerusi ada kt The Curve tu... Thank you The Curve anda telah membantu saya untuk membeli belah. Suami dan anak saya suka duduk di kerusi yang pihak anda telah sediakan(Hey seat for your comfort not for sleeping :P )So hari tu I managed to grab 5 pieces. Semuanya 2 tone. Dua helai untuk Si Cikgu Adik, and 3 helai for myself. Untuk dua tone ni ada dua harga. Kalau tone yang lama tu sehelai RM8 and kalau tone yang baru tu RM15. Color tone yang baru tu canggih-canggih colornya. Striking color dia. Nak tengok pi la Facebook diorang.Tapi color tak banyak choice la. Nyampah betul. Aidijuma sila restock lagi ye!
Plastic bag Aidijuma (Ermm lepas ni kalau pihak Aidijuma nak join save our planet campaign better sediakan paper bags cause I love to collect paper bags ^-^) |
Setiap tudung ada ada label AJ... brand ok brand |
Pink, hijau, kuning, biru laut & electric blue |
Settle dekat Aidijuma, aku terus ajak suami balik rumah. Takmo sangkut traffic jam. Macam tu la kisah hari Selasa kami. Anak gembira dapat berjalan-jalan, isteri gumbira dapat makan & shopping. Suami gumbira dapat spend time dengan The Happy Family.
p/s: Selasa isteri cuti, tapi apakan daya Sabtu ni isteri kena bekerja! Huarghhhh rasa nak mengamuk aje.
No comments:
Post a Comment