Seminggu kebelakangan ni, aku macam tak berapa sihat. Runny nose, sore throat, cough and mild fever. Bukan aku aje yang diganggu bad bugs, suami pun terkena jugak. Harap-harap jangan la toddler kami diganggu jugak. Dah 2 minggu hujung minggu tak berapa nak dapat rehat. 2 minggu lepas kami ke Keraton 3, sepupu yang hari kelahirannya sama dengan aku melangsungkan perkahwinan dia. Akhrinya selepas putus tunang setahun lepas, kawin jugak ye ko Ajam. Tahniah Ajam. Perjalanan ke sana.. maaakk ai jauhnya. Kejap-kejap aku tengok jam, kejapa-kejap lagi aku tengok jam. Tak sampai-sampai gak. Nasib Aliyah sangat behave dalam kereta. Pergi ke Keraton kami memilih jalan Senawang tapi bila balik kami decide nak mengikut laluan Pelangai. Tempat Cikgu Adik mengajar. Giler mengancam perjalanan dekat situ. Salute la adik boleh drive sesubuh dekat situ.
Minggu lepas pulak, giliran kenduri rumah Mak Andak. Suami aku tak dapat nak pegi, jadik macam biasa masuk aja rumah Mak Andak, saudara mara bertanyakan laki aku mana. Huh macam tak biasa kan. I'm not a single mother but I'm Independent mother and wife. Kalau kereta masuk bengkel, pegi keje naik bas pun aku bulih inikan lagi gi kenduri tanpa suami. Eheee aku dah start menceceh ni. Tapi takpe la aku tak berkira pun. Paham keje suami aku macam mana.
Ok aku tak nak citer pesal keje laki aku, tapi aku nak citer lain. Before nak gi rumah Mak Andak aku dah start seram-seram sejuk. Tekak dah loya-loya. Baru aje nak melangkah pakai kasut aku terasa tekak aku masam... so apa lagi berlari la macam Watson Nyambek menuju ke bilik air. Uuuweeek aku muntah. La apa hal ni. tetiba lak. Lepas dah muntah aku terus makan gula-gula. Tekak ni payau semacam aje la. Sampai rumah Mak Andak lepas dah salam-salam semua saudara mara, kitorang makan dulu before jemputan lain sampai. Lagi sekali aku nak muntah. Husihh nasib tak muntah. Bermula dari kejadian tu saudara mara aku buat spekulasi yang aku ni pregnant. Ya Allah, badan aku, aku tau la yang aku ni tak pregnant. Memasing senyum simpul dengo jawapan aku. Biaq pi lah dengan depa. Yang penting aku tau aku tak pregnant.
Julai 2012 nanti toddler aku akan genap 3 tahun. Rasa sakit melahirkan Aliyah masih terasa seperti macam baru berlaku semalam. Anak ibu dah besar! You are not baby anymore but you always my baby ibu. Saudara mara, kawan-kawan even adik beradik aku pun tanya bila aku nak mengandung lagi. Hahahaha manusia manusia, kau orang ni memang tak puas hati kan, dedulu aku tak kawin kau orang sibuk tanya bila aku nak kawin, bila aku dah kawin, nasib tak sampai sebulan sperma laki aku terus melekat, Kalau idak musti kau orang sibuk tanya jugak kan bila aku nak ada anak. Tapi tapi bila dah keluar Aliyah kau orang sibuk tanya bila nak no. 2. Relaks la beb, ni semua keje Allah, kalau aku tau bila aku nak pregnant aku bagitau korang.
Tapi, tipu kalau aku cakap aku tak teringin lagi. Dah dah... aku dah ready nak pregnant tapi rezeki aje belum dapat lagi. Kena berusaha lagi. Tapi nak berusaha macam mana pun, PJJ kan. Asal laki aku balik, aku bocor. Kadang timing tak ngam kan. Kena la buat time ovulation baru la boleh menjadik. Hihihihi. Tak pun penat. Hihihihi 18SX sungguh aku hari ni. Kalau kawan-kawan dapat anak, aku punya la suka. Suka sangat. Teringat time-time melahirkan Aliyah dulu. Takpe la mungkin kitorang kena berusaha lagi kot. Aku tak nak anak sorang je. Nanti dah tua takde orang nak jaga aku. Rumah tak meriah kalau raya nanti. Aku dah merasa dah. Time raya aje aku menangis(menangis dalam hati aje la), teringat keluarga kat kampung. Sayu tau. Betul kan Sayang
No comments:
Post a Comment