Rajin! Hahahahaha. Weekend lepas tak tau nape aku ada sikit rajin la. Jumaat lepas keje, aku ada bercerita dengan Aliyah, ajak dia buat kek. Tup tup pagi Sabtu, lepas bangun tido terus dia tuntut janji ibu. Huhuhuhu. Relax la nak, mak ko ni nak settlekan kerja2 rumah dulu. Aku punya busy mengemas rumah bagai sampai ke petang dia tuntutnya. Ok ok fine lepas maghrib aku pun sediakan bahan2. Punya la dia suka dapat buat kek. Tapi sebab masa agak suntuk sebab aku dok mengejar time nak tengok Masterchef pukul 9 so aku decide buat Kek Batik ajo. Hahahahaha kek jugak tu. Anak aku pun suka. This time aku buat tak berapa manis. Anak aku suka, anak2 buah aku suka. Family members aku pun suka dengan budak2 ofis aku suka. Siap mintak resepi lagi. Ekkekekek macam PRO sangat mak ko ni Aliyah oiii.
|
Oh ibu shayer, hari ni sangat rajin. |
|
Hihihi ini lah kek buatan tangan i. Alaaa tau la senang. Tapi lepas aku upload masuk kt FB aku semua cakap cantik. Anak aku yang susun eh atas arahan ibunya. Sambil terjerit2 bila beskut tu senget. hahahaha |
Ahad
Ok, tu citer hari Sabtu, one day before PRU13. Hah ni citer hari Ahad pulak. Lepas balik ngundi tu anak aku tak makan apa2. Just sekeping Beskot and susu 4oz. You know la, anak aku tu kan super duper picky eater. Tetiba tercetus idea nak buat murtabak. Check fridge, dapur, bahan2 semua ada. Ok Aliyah, hari ni lunch kita makan murtabak eh. Buat lelaju, sebab anak aku dh berzikir cakap lapar lapar. Buat 4 keping. 4-4 keping habis. Aliyah makan sekeping setengah. Yeay! Benda yang aku paling suka dalam hidup aku, bila tengok anak aku yang picky eater nih makan. Makan dengan gumbira & suka hati
|
2nd day aku buat murtabak plak. |
|
Ok puan2 kita letakkan inti yang dh dimasak tadi ke dalam kulit popiah kita. |
|
Aku guna daging hancur aje, beli kat Ramlee |
|
Nampak tak nampak tak, anak aku makan dgn berselera sekali. Hihihihi |
No comments:
Post a Comment