Monday, April 11, 2011

Boncet

Kepada diari,

Perut aku boncet. Boncet seperti sedang menunggu kelahiran anak ke 2. Ohh tidak aku tak mengandung. Tidak jugak mengidap fibroid. Tapi ini adalah akibat makan dengan berlebihan, senaman yang amat kurang atau dalam bahasa yang lain tak pernah langsung!! Alasan aku... ohhhhh syoknya tido. Wei tido pun dapat bakar kalori okay.

Natijahnya perut aku mula seperti orang mengandung 3 bulan, tekanan darah aku macam solero shot kejap rendah kejap tinggi dan aku selalu pening kepala(eeeeiiii aku dh check la aku tak peknan).

Mulai Isnin lepas aku dah mulakan diet dan mild exercise. Naik tangga dari Basement 4 sampai ke Ground Floor. Mula-mula 4 tingkat dulu la der nanti slow-slow aku buat la sampai tingkat 8. Kurangkan makan nasi. Minum lebih air putih. No fast food allowed. Please please please i beg you jangan cuba offer aku dengan fastfood. Green tea peneman aku setiap hari lepas makan tengah hari. Breakfast it MUST untuk aku. Aku tak pernah skip breakfast sebab keje aku memerlukan aku berfikir dan mengira jadik aku kena la makan bior otak aku boleh berjalan.


Lagi satu aku dah mula berSPANX. Aku beli online. Melabur la skit duit aku tapi takpe la berkorban apa saja janji aku dapat pakai balik baju-baju aku. Result untuk seminggu ni, aku dh kurang skit pening kepala, perut kurang boncet. Aku target 3 bulan ni aku nak kurang kan 2 kg. Doakan aku success ye....


Gambateh Nini


No comments:

Post a Comment