Monday, May 23, 2011

Melancholic Monday

Hari ni aku rasa melankolik. Isnin yang melankolik. Pagi-pagi hujan turun. Aku rasa sedikit kecewa bila Aliyah melambai tangannya dekat aku, aku tak membalas lambaian tangannya. Sumpah aku memang tak nampak si kecik ni dah bangun dari tidurnya. Hmmm... balik nanti aku nak cium dan gomol-gomol Aliyah.


Aku teringat kan suami yang ada di Kerteh, halus perasaan ni. 14 hari ditinggalkan, anak & ibu tak keruan rindukan ayah & suami. Sabarlah hati, kau cuma perlu pendam perasaan ni 3 hari lagi. Sabar ye anakku, ibu tahu Aliyah juga rindukan ayah sama seperti ibu. 


Tiba-tiba teringatkan mak abah, akak, adik-adik aku lebih-lebih lagi adik aku yang sorang ni si Oten. Huh bukannya balik keje nanti tak boleh jumpa mak abah. Memang melankolik la aku hari ni.




Sejam lagi nak balik.... cepat la cepat la nak peluk cium Aliyah!!!




Saturday, May 21, 2011

Tragedi Tanah Runtuh


Tragedi tanah runtuh telah berlaku di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat, petang tadi. Jumlah yang terkorban 16 orang semuanya.


Sayu hati bila membaca dan melihat berita tentang kejadian ni di akhbar & TV. Pihak berkenaan tolong lah ketepikan dulu soal siapa yang perlu dipersalahkan ketika ini, soal tentang ketiadaan sijil kelayakan untuk menduduki rumah. Letak semua ke tepi. Apa yang perlu soal kebajikan mereka! Mereka adalah anak-anak yatim yang memerlukan bantuan dan perlindungan. 


Takziah untuk keluarga mangsa yang terlibat. Al-fatihah untuk semua mangsa yang terkorban. Semoga roh mereka di tempatkan dengan dikalangan orang-orang beriman. Amin




Friday, May 20, 2011

Tak paham!

* gambar credit Harian Metro

Bertuah empunya badan. 4 kuota penuh diisi. InsyaAllah.  Berdasarkan cerita tu aku  berfikir kenapa aku dan pastinya ramai lagi manusia lain yang sibuk meletakkan pelbagai perkara negatif dalam hal poligami sedangkan empunya badan redha dan sentiasa berdoa agar mereka mendapat payung emas di akhirat kelak. Begitu tinggi kesabaran dan keimanan yang Allah curahkan kepada mereka! Tapi aku tak dikurniakan kesabaran yang tinggi nak menghadapi benda-benda macam ni. Sungguh! Mintak dijauhkan perkara–perkara macam ni dalam rumah tangga aku.  Emmm yang buat aku tak faham bagaimana seorang lelaki boleh punya keinginan untuk berkahwin sedangkan si anak sedang menderita sakit leukemia!!  Nafsu mengatasi segala-galanya mungkin. Naluri aku yang mak-mak ni sangat sensitif bila timbul isu-isu yang berkaitan dengan anak yang macam ni. Bagi aku anak adalah harta yang tak ternilai harganya. Sakit jerih sewaktu melahirkan Aliyah hilang bila saja melihat Aliyah. Sedih la. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan si isteri & ibu kepada si anak. Hmmm memang aku tak paham.





Seorang isteri meninggalkan suami dan anak 5 orang di rumah kerana keluar bekerja. Keluar rumah tanpa kebenaran suami adalah nusyuz ye para sahabat. Neraka Jahanam la jawabnya tempat anda. Tak tak yang saya maksudkan bukan keluar bekerja tetapi keluar diwaktu luar kerja. Bagaimana seorang isteri boleh bersenang lenang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah untuk berfoya-foya bermain bowling, berlibur ke sana ke mari tanpa pengetahuan suami. (Hoi suami satu kampong sudah heboh bini kau begini bini ko begitu, kau boleh pekak tuli kan telinga kau). Tak paham tak paham… memang aku tak paham suami isteri yang begini




         

Islam menyuruh   agar isteri  mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Isteri yang tidak melayan kehendak suami pada waktu malam tanpa alas an yang kukuh akan dilaknat malaikat sepanjang malam hingga keesokkan paginya. Tapi aku tak paham untuk sang suami siapa yang akan melaknat mereka kalau dia mengabaikan tanggungjawab dia dalam melayan nafsu isteri pula? Apakah hukum bagi suami yang memandang remeh dengan prestasi batin diri sendiri? Perlu diingat wanita dilahirkan dengan sembilan nafsu(hahahaha nafsu aku lebih kepada shopping)

Banyak lagi yang aku tak paham sebab  ilmu aku memang cetek. Ye aku mengaku cetek! Tapi aku dalam proses belajar, belajar & belajar. Aku nak jadik contoh yang baik dekat anak-anak aku. Anak-anak? Ye aku mau Aliyah punya adik-adik mau dia berteman. Jadik aku perlu penuhkan ilmu di dada, berkelakuan baik, dirikan solat sebab solat itu adalah tiang agama. Kepada sang suami tolonglah bimbing isteri anda( Ye saya maksudkan anda)Kalau tiang tak kukuh macam mana dinding nak berdiri kukuh.  Banyak persoalan bermain-main di minda aku ni, aku sangat daif bab-bab agama ni walau aku bersekolah agama suatu ketika dulu. Ilmu itu belum cukup lagi. Kenapa tak boleh buat ini? Kenapa tak boleh buat itu? Bagi aku, beramal sahaja tak cukup kalau aku tak faham segala isi-isinya. Tapi yang aku amat pasti agama yang aku anuti ini adalah PERFECT tidak ada satu pun yang kurang.Setan-setan sentiasa laju-laju mempengaruhi orang-orang yang macam aku. Ya Allah Kau lindungilah hambaMu ini dari Syaitan laknatullah!



Wednesday, May 18, 2011

Spanx... Lets spanxing


Aku sudah terjebak ke kancah Spanx muehehehhe yeah it works! No doubt!


Mak-mak

Tiada perkataan yang dapat digambarkan selain SYUKUR dengan nikmat kurnia yang diberi oleh Allah. Terima Kasih Allah kerana memberi peluang kepada aku menjadi IBU. Sangat-sangat nikmat. Daripada sekecil-kecil tapak tangan sehingga kini aku tak pernah sikit pun menyesal bergelar Ibu. Mencium ubun anak sekecil Aliyah terasa menusuk kalbu. Syahdu! Bau perfume Jadore atau Chanel milik aku sikit pun tak dapat menandingi bau anak kecil ini. Bau syurga kata orang-orang tua.






Rawan Hati Perempuan

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!






Thursday, May 12, 2011

Long Paused!

Hmmmm.... lama kan aku tak tulih apa-apa kat sini. Sibuk sikit. Sibuk sebab aku adalah seorang isteri, ibu, anak, kakak, adik dan jugak seorang pekerja. Bukan takde benda yang aku nak tulih kat sini banyaaaaakkkk benda nak tulih tapi tak tertulih sebab ada satu lagi sebab yang buat aku terignore blog aku ni... mueehheheheee ANGRY BIRD!! yeah aku adalah salah seorang sudah tersangkut dengan game ni.. ANGRY BIRD SOOOOOOO ADDICTIVE!!! mueheehehehehhe

Ok nih nak update ;aju-laju. Bulan 3 hari tu aku sempat lak curik-curik masa gi bercuti ke Bandung. Gi berempat en suami, aku, Aliyah dengan Uncle Ten Aliyah. Kalau ikut plan Cikgu Busu pun ikut tapi last minute Cikgu Busu tak dapat ikut sebab dah kena ngajor kat Pelangai. Nasib mu lah muehehehehe


Bandung memang heaven untuk orang yang kaki shopping macam aku.  Banyak giler FOS dekat situ. Lepas dah pergi Heritage kitorang pergi Rumah Mode lepas tu pergi lagi FO-FO lain yang ada dekat situ sampai naik lenguh kaki ni. Pasar Baru pun best gak 3 hari berturut-turut aku pergi Pasar Baru. Jubah, telekung, kain-kain memang murah! Highly recommended by me ye.

Masa pergi Bandung hari tu Alhamdulillah takde satu pun perkara yang buruk-buruk jadik kat kitorang. semuanya best. Supir Dedy yang best, De Tropis yang best, Teh botol yang best FO-FO yang best, Aliyah pun best bagi kerjasama sangat-sangat kat aku. Eheee Aliyah memang best. Tapi ada citer tak best gak... time kitorang takde dekat Malaysia, aku dapat sms dari akak cakap Tok Mak sakit. Giler berderau darah aku time tu. ni baru aku kalau abah yang dapat tau macam mana agaknya. Alhamdulillah semua nya getting okay. Tokmak sudah sihat, sudah boleh jalan-jalan walaupun dah tak sekuat dulu tapi dia sudah boleh gurau, makan, minum macam biasa.

And then lepas 2 hari balik dari Bandung aku gi konvokesyen adik lak kat PICC semua ada kecuali mak abah. Diorang gi umrah kan. Kesian lak dekat dia konvokesyen dia mak abah tak dapat datangkan, jadik kitorang adik beradik ni la galang gantinya.

Bulan lepas sempena 1st gaji, adik bawak kitorang gi Quality Hotel. makan beso sponsored by Adik & Akak. Makan-makan sampai perut nak pecah. Time tu takde diet ye. Aliyah je yang diet. Sikecik ni payah amat nak makannya. Stress makcik!

Minggu lepas baru balik dari Muo, pak mertua aku accident untuk kali ke -4. Total lost ye Viva baru dia tu tapi Alhamdulillah dia seperti biasa cool and selamba. Takde apa-apa jadik dekat dia. Macam-macam la jadik dekat dia tu belum lagi citer bab rumah kena pecah masuk. haishhh dugaan bertimpa-timpa. Cobaan...


and last but not least.... Suami saya yang comey lote itu sudah pun membook flight tiket ke Langkawi... hah obersee... takde- takde budget obersee dah abis kat bandung tunggu next year plak ye... Jadik Langkawi tunggu kedatangan kami!!!!!


ok abis citer  2-3 bulan punye citer ... entry ni tarak gambo. Aku malas nak tepek, ada masa nanti aku tepek.


Nota: Kami dalam proses mencarik hotel yang best-best. Tidak bercadang kembali ke Langkawi Lagoon. Holiday Villa ok tak????



Mak's Award

Mak, you’ve always been the best
A better Mak than all the rest.
I’m thankful for all the things you do
I’m glad my Mak is extra special you!
On Mak’s Day, I want you to know
You’re the greatest Mak, and I love you so.
and now I'm a Mak too to my Aliyah and my future kids insyaAllah
There’s one more thing I want to say:
I wish you Happy Mak’s Day!