Friday, June 24, 2011

I'm a Mother and today I'm a Sleepless Mother

Being a mother is not easy task. Sleepless nights is partly about my own experience being a mother. I don’t know how I made it out alive after my first. Sleep deprivation was debilitating. Arghhh....  sleepless nights. I’m not sure how I get through them and continue to function, though to be honest I don’t function very well today, succumbing to the grumpies often.

Last night  I even slept for 1 and half hour. Do not ask me what happen. 

Yawning




Friday, June 17, 2011

Happy 1st Belated Birthday Nini Best!

Yippie yippie yepadduuu dadadada didi duuuu ... finally i'm reached one.


HAPPY 1ST BELATED BIRTHDAY MY BLOG


Nora Elena oh Seth Tan

Nora Elena dah habis!!!!! Kenapa tanda seruan banyak sebab aku salah seorang yang terpengaruh dek penangan siri tv ni. Hiks! Hiks! Tepat pukul 6 terus memandu laju-laju. Tujuan utama bukan kerana siri ini tetapi untuk bertemu segera dengan nyawa aku! Ya Aliyah adalah nyawa aku, hati gembira


..... sebelum cerita ni habis semalam aku ada terima e-mail daripada kawan aku. Tak pasti benar atau tidak ketulenan isi surat ni. Moh baca kat bawah ni


Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu. Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu. Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menje lin g kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!
Pa lin g koman, selepas je lin gan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.
Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini. 
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal.. Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh , lelaki Lombok , dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday?? Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan ? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, je lin g laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil d ija dikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"
"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"


( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya




.... ok dah habis baca? rumusan aku untuk surat ini seperti di bawah:


  1. Benarkah watak seperti Seth Tan itu wujud? Aku cakap Seth Tan wujud sebab aku juga punya seorang suami yang penyabar dan sangat- sangat sayangkan aku dan anak kami.
  2. Romantik? Emmm walau suami aku tidak pernah sekali pun memberikan aku sejambak, atau selori bunga pada aku, aku tidak kisah. Bunga dan perempuan memang tidak dapat dipisahkan dengan perempuan, tapi bunga bukan adalah benda wajib yang mesti ada dalam hidup aku. Bukankah kejutan untuk makan tengahari bersama-sama ketika isteri berada di ofis juga perbuatan yang romantik.  Doa dan ingatan suami pada aku dalam setiap doa suami juga pada aku juga merupakan perbuatan yang romantik.
  3. Dalam perkahwinan seks bukan lah tujuan utama walaupun ia merupakan salah satu nikmat kita berkahwin. Seth Tan boleh bersabar untuk tidak 'bersama' dengan sang isteri. Suami aku jugak begitu.  Aku tak pernah menafikan hak suami ke atas aku tapi aku rasa  suami aku sangat- sangat memahami waktu bila dan tidak untuk kami memenuhi kehendak yang  'satu' itu. Jadik aku tak perlukan Seth Tan sebab aku juga punya suami yang memahami diri aku. Tapi sayang, saya sentiasa bersedia berkhidmat untuk anda! :P
  4. Dey apa daaa aku dan suami juga pasangan bercinta walaupun kami sudah berkahwin waima punya anak seorang tapi aku tak pernah meminta-minta untuk dihadiahkan sejambak bunga atau selori bunga. Takkan sebab cerita Nora Elena  kau nak suami kau jadik seperti Seth Tan.  Terima lah suami kau seadanya.
  5. Suami aku bukan  Seth Tan sebab suami aku bukan perogol seperti  Seth  Tan.

Sekian, terima kasih.


p/s : aku terhibur menonton Nora Elena dan aku tak sangka Aliyah dan suami boleh duduk diam menonton cerita ni.



Tuesday, June 14, 2011

Suka

Suami aku ada di rumah! 


Suka bila suami ada di rumah. Suka bila melihat suami bermain-main dengan Aliyah. Suka bila melihat Aliyah makan disuap ayahnya. Suka bila suami, isteri dan anak bergurau senda di dalam bilik sambil si anak ketawa terkekeh-kekeh digeletek ayahnya. Ruang bilik itu penuh terisi dengan rasa bahagia. Suka bila suami menghantar aku ke tempat kerja. Sangat suka!. Suka bila suami main-main hidung aku yang mancung ni. Suka bila suami cium pipi aku dipagi hari. Suka bila suami peluk pinggang aku yang ramping pabila aku sedang cuci pinggan di dapur.  Suka bila bangun tidur melihat suami ada disebelah. Suka bila dapat keluar bersama-sama suami dan anak. Suka melihat Aliyah gembira bertepuk tangan memanggil Ayah Ayah Ayah. Tidak apa yang tidak suka melainkan suka bila suami aku ada di rumah! Suka suka suka suka....


.... tapi aku tak suka bila tibanya hari terakhir cuti suami, itu penanda bahawa suami akan kembali semula tugasannya di Kerteh. Waktu itu lah hati aku hanya tinggal separuh. Separuh lagi suami bawa bersama-samanya.






bersambung.... 


Monday, June 6, 2011

You've Given Me Tempting Peek ^_^




Arggghhhhhhhh November 24th come faster!!!


Wednesday, June 1, 2011

Suami

Yang ni aku cedok bulat dari email yang aku terima pagi tadi. Bagus untuk aku, jadik aku rasa aku nak share dekat sini lah.






SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI   !!!!


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”


Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata.
Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

 
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2.
Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“ Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.
Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih.
Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”
  





p/s: aku suka ayat ni "Tiada Bumi Tidak  Ditimpa Hujan"....  I Love You Sayang