Suka bila suami ada di rumah. Suka bila melihat suami bermain-main dengan Aliyah. Suka bila melihat Aliyah makan disuap ayahnya. Suka bila suami, isteri dan anak bergurau senda di dalam bilik sambil si anak ketawa terkekeh-kekeh digeletek ayahnya. Ruang bilik itu penuh terisi dengan rasa bahagia. Suka bila suami menghantar aku ke tempat kerja. Sangat suka!. Suka bila suami main-main hidung aku yang
.... tapi aku tak suka bila tibanya hari terakhir cuti suami, itu penanda bahawa suami akan kembali semula tugasannya di Kerteh. Waktu itu lah hati aku hanya tinggal separuh. Separuh lagi suami bawa bersama-samanya.
bersambung....
No comments:
Post a Comment