Thursday, March 29, 2012

Found It and I Like to Share... :D

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan..

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
“Oh maafkan saya, saya tak perasan”

Katanya “Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara”

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, “Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh”

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

“Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci”,

“Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur”,

“Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu”,

“Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu”,

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
“Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil”

“Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, “Adik terjumpanya belakang rumah di semak”

“Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

“Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,”Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, “Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna “FAMILY” ?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

“HARGAILAH KELUARGA ANDA”



Wednesday, March 28, 2012

Terima Kasih Allah untuk 32 tahun ini.

Yesterday I'm 32 years old. One year older. 


Hmmm... Does age matter?


 To me age ain't nothing but a number. I truly believe if you are healthy age is just a NUMBER!


Celebration? Nothing fancy. Suami tiada di sisi ketika ulang tahun kelahiran adalah biasa ya untuk perkahwinan jarak jauh. Kalau kau bitter hanya kerana perkara kecil seperti ini sila jauhi ' Long Distance Marriage'.  Tapi tapi ucapan dihari lahir sangat-sangat dihargai tanda pasangan mengingati hari kelahiran kita. Sekarang aku dah rasa cukup disayangi kerana ada seorang suami yang mengingati birthday aku.   Dapat bersama suami dan keluarga tersayang sudah cukup besar maknanya bagi aku. 




Di usia ini, kemahuan aku tidak setamak dulu. Aku bersyukur masih bernafas di dunia Allah ini. Walau banyak kekurangan aku sebagai hambaNya. Di usia ini, aku mahu menjadi isteri yang mampu menggembirakan suami, menjadi anak yang mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di sana nanti. Menjadi ibu mithali kepada anak-anak(ye aku tau, aku punya anak sorang tapi aku sangat berkeinginan punya anak ramai, kata-kata kita itu doa ye). 




HADIAH BIRTHDAY?




Ada. Keluarga sejak kecil tidak pernah sekali pun gagal memberi hadiah. Terima kasih. Aku sayang kamu semua! Nah ini dari keluarga aku




Gambar aku amik dari en Google. TQ




dan yang ini dari En Suami


yang ini pun aku amik dari En Googgle. TQ


ada lagi 2-3 hadiah yang aku tak sempat nak snap dan tak dapat aku nak amik dari En Google. Apa pun hadiah dari kamu semua. Terima kasih banyak-banyak. Aku sangat hargai. 




ohhh hadiah yang paling bermakna.... bila melihat Si kecil aku sudah kembali sihat. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Hati sangat tak keruan bila melihat anak aku sakit. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


My favorite smile is back!










Di usia 32 tahun ini, ini lah tahun pertama aku menyambut hari kelahiran tanpa seorang abah. Sedikit bitter. Tapi aku redha. Doa aku semoga roh arwah abah di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah






Thursday, March 15, 2012

My Korean Drama Listing

  1. Lie To Me
  2. Coffee Prince
  3. Secret Garden
  4. Spy Myeong Wol
  5. Que Sera Sera
  6. Wild Romance
  7. Take Care of us, Captain
  8. The Moon That Embraces The Sun
  9. Coffee House
  10. City Hunter
  11. Winter Sonata
  12. Full House
  13. Stairway to Heaven
  14. Autumn in My heart
..... and banyak lagi yang belum tengok... ok sambung nanti nak tengok Eun Chan



My New Addiction

Tolong! Is there a rehab center to cure my new addiction ermm not so new actually. I'm addicted to Koran Drama! Lately, my lifestyle has been totally changed and everything has been brought to a standstill. My social life is lacking and I don’t go out that often these days like previously. It’s nothing but Korean drama, day in and day out. No day passes without my sitting in front of my computer watching not one but several dramas, one after another. Every day it’s a Korean drama marathon for me. Sigh. 


Before, when I had to depend on the airing of Korean dramas on TV or bought/borrowed DVDs, I was not that much addicted. But now with the free watching Korean drama sites online it’s sheer heaven. I think at the rate I’m going I’ll finish watching all the Korean dramas in no time at all. Sigh. 



Just finished watching ' Lie To Me' and then continue with 'Que Sera Sera' after that "Coffee Prince " coming 'Take Care of us, Captain... Next 'The Moon That Embraces The Sun' Huhuhuhu Can’t stop watching Korean dramas!!!! Please help me... but no thanks ... hahahaha
 





Wednesday, March 14, 2012

Sudah teringin...

Seminggu kebelakangan ni, aku macam tak berapa sihat. Runny nose, sore throat, cough and mild fever. Bukan aku aje yang diganggu bad bugs, suami pun terkena jugak. Harap-harap jangan la toddler kami diganggu jugak. Dah 2 minggu hujung minggu tak berapa nak dapat rehat. 2 minggu lepas kami ke Keraton 3, sepupu yang hari kelahirannya sama dengan aku melangsungkan perkahwinan dia. Akhrinya selepas putus tunang setahun lepas, kawin jugak ye ko Ajam. Tahniah Ajam. Perjalanan ke sana.. maaakk ai jauhnya. Kejap-kejap aku tengok jam, kejapa-kejap lagi aku tengok jam. Tak sampai-sampai gak. Nasib Aliyah sangat behave dalam kereta. Pergi ke Keraton kami memilih jalan Senawang tapi bila balik kami decide nak mengikut laluan Pelangai. Tempat Cikgu Adik mengajar. Giler mengancam perjalanan dekat situ. Salute la adik boleh drive sesubuh dekat situ.


Minggu lepas pulak, giliran kenduri rumah Mak Andak. Suami aku tak dapat nak pegi, jadik macam biasa masuk aja rumah Mak Andak, saudara mara bertanyakan laki aku mana. Huh macam tak biasa kan. I'm not a single mother but I'm Independent mother and wife. Kalau kereta masuk bengkel, pegi keje naik bas pun aku bulih inikan lagi gi kenduri tanpa suami. Eheee aku dah start menceceh ni.  Tapi takpe la aku tak berkira pun. Paham keje suami aku macam mana.

Ok aku tak nak citer pesal keje laki aku, tapi aku nak citer lain. Before nak gi rumah Mak Andak aku dah start seram-seram sejuk. Tekak dah loya-loya. Baru aje nak melangkah pakai kasut aku terasa tekak aku masam... so apa lagi berlari la macam Watson Nyambek menuju ke bilik air. Uuuweeek aku muntah. La apa hal ni. tetiba lak. Lepas dah muntah aku terus makan gula-gula. Tekak ni payau semacam aje la. Sampai rumah Mak Andak lepas dah salam-salam semua saudara mara, kitorang makan dulu before jemputan lain sampai. Lagi sekali aku nak muntah. Husihh nasib tak muntah. Bermula dari kejadian tu saudara mara aku buat spekulasi yang aku ni pregnant. Ya Allah, badan aku, aku tau la yang aku ni tak pregnant. Memasing senyum simpul dengo jawapan aku. Biaq pi lah dengan depa. Yang penting aku tau aku tak pregnant.

Julai 2012 nanti toddler aku akan genap 3 tahun. Rasa sakit melahirkan Aliyah masih terasa seperti macam baru berlaku semalam. Anak ibu dah besar! You are not baby anymore but you always my baby ibu. Saudara mara, kawan-kawan even adik beradik aku pun tanya bila aku nak mengandung lagi. Hahahaha manusia manusia, kau orang ni memang tak puas hati kan, dedulu aku tak kawin kau orang sibuk tanya bila aku nak kawin, bila aku dah kawin, nasib tak sampai sebulan sperma laki aku terus melekat, Kalau idak musti kau orang sibuk tanya jugak kan bila aku nak ada anak. Tapi tapi bila dah keluar Aliyah kau orang sibuk tanya bila nak no. 2. Relaks la beb, ni semua keje Allah, kalau aku tau bila aku nak pregnant aku bagitau korang.

Tapi, tipu kalau aku cakap aku tak teringin lagi. Dah dah... aku dah ready nak pregnant tapi rezeki aje belum dapat lagi. Kena berusaha lagi. Tapi nak berusaha macam mana pun, PJJ kan. Asal laki aku balik, aku bocor. Kadang timing tak ngam kan. Kena la buat time ovulation baru la boleh menjadik. Hihihihi. Tak pun penat. Hihihihi 18SX sungguh aku hari ni. Kalau kawan-kawan dapat anak, aku punya la suka. Suka sangat. Teringat time-time melahirkan Aliyah dulu. Takpe la mungkin kitorang kena berusaha lagi kot. Aku tak nak anak sorang je. Nanti dah tua takde orang nak jaga aku. Rumah tak meriah kalau raya nanti. Aku dah merasa dah. Time raya aje aku menangis(menangis dalam hati aje la), teringat keluarga kat kampung. Sayu tau.  Betul kan Sayang