Hmmm... Does age matter?
To me age ain't nothing but a number. I truly believe if you are healthy age is just a NUMBER!
Celebration? Nothing fancy. Suami tiada di sisi ketika ulang tahun kelahiran adalah biasa ya untuk perkahwinan jarak jauh. Kalau kau bitter hanya kerana perkara kecil seperti ini sila jauhi ' Long Distance Marriage'. Tapi tapi ucapan dihari lahir sangat-sangat dihargai tanda pasangan mengingati hari kelahiran kita. Sekarang aku dah rasa cukup disayangi kerana ada seorang suami yang mengingati birthday aku. Dapat bersama suami dan keluarga tersayang sudah cukup besar maknanya bagi aku.
Di usia ini, kemahuan aku tidak setamak dulu. Aku bersyukur masih bernafas di dunia Allah ini. Walau banyak kekurangan aku sebagai hambaNya. Di usia ini, aku mahu menjadi isteri yang mampu menggembirakan suami, menjadi anak yang mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di sana nanti. Menjadi ibu mithali kepada anak-anak(ye aku tau, aku punya anak sorang tapi aku sangat berkeinginan punya anak ramai, kata-kata kita itu doa ye).
HADIAH BIRTHDAY?
Ada. Keluarga sejak kecil tidak pernah sekali pun gagal memberi hadiah. Terima kasih. Aku sayang kamu semua! Nah ini dari keluarga aku
Gambar aku amik dari en Google. TQ |
dan yang ini dari En Suami
yang ini pun aku amik dari En Googgle. TQ |
ada lagi 2-3 hadiah yang aku tak sempat nak snap dan tak dapat aku nak amik dari En Google. Apa pun hadiah dari kamu semua. Terima kasih banyak-banyak. Aku sangat hargai.
ohhh hadiah yang paling bermakna.... bila melihat Si kecil aku sudah kembali sihat. Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Hati sangat tak keruan bila melihat anak aku sakit. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
My favorite smile is back! |
Di usia 32 tahun ini, ini lah tahun pertama aku menyambut hari kelahiran tanpa seorang abah. Sedikit bitter. Tapi aku redha. Doa aku semoga roh arwah abah di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment