* gambar credit Harian Metro
Bertuah empunya badan. 4 kuota penuh diisi. InsyaAllah. Berdasarkan cerita tu aku berfikir kenapa aku dan pastinya ramai lagi manusia lain yang sibuk meletakkan pelbagai perkara negatif dalam hal poligami sedangkan empunya badan redha dan sentiasa berdoa agar mereka mendapat payung emas di akhirat kelak. Begitu tinggi kesabaran dan keimanan yang Allah curahkan kepada mereka! Tapi aku tak dikurniakan kesabaran yang tinggi nak menghadapi benda-benda macam ni. Sungguh! Mintak dijauhkan perkara–perkara macam ni dalam rumah tangga aku. Emmm yang buat aku tak faham bagaimana seorang lelaki boleh punya keinginan untuk berkahwin sedangkan si anak sedang menderita sakit leukemia!! Nafsu mengatasi segala-galanya mungkin. Naluri aku yang mak-mak ni sangat sensitif bila timbul isu-isu yang berkaitan dengan anak yang macam ni. Bagi aku anak adalah harta yang tak ternilai harganya. Sakit jerih sewaktu melahirkan Aliyah hilang bila saja melihat Aliyah. Sedih la. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan si isteri & ibu kepada si anak. Hmmm memang aku tak paham.
Seorang isteri meninggalkan suami dan anak 5 orang di rumah kerana keluar bekerja. Keluar rumah tanpa kebenaran suami adalah nusyuz ye para sahabat. Neraka Jahanam la jawabnya tempat anda. Tak tak yang saya maksudkan bukan keluar bekerja tetapi keluar diwaktu luar kerja. Bagaimana seorang isteri boleh bersenang lenang meninggalkan suami dan anak-anak dirumah untuk berfoya-foya bermain bowling, berlibur ke sana ke mari tanpa pengetahuan suami. (Hoi suami satu kampong sudah heboh bini kau begini bini ko begitu, kau boleh pekak tuli kan telinga kau). Tak paham tak paham… memang aku tak paham suami isteri yang begini
Islam menyuruh agar isteri mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Isteri yang tidak melayan kehendak suami pada waktu malam tanpa alas an yang kukuh akan dilaknat malaikat sepanjang malam hingga keesokkan paginya. Tapi aku tak paham untuk sang suami siapa yang akan melaknat mereka kalau dia mengabaikan tanggungjawab dia dalam melayan nafsu isteri pula? Apakah hukum bagi suami yang memandang remeh dengan prestasi batin diri sendiri? Perlu diingat wanita dilahirkan dengan sembilan nafsu(hahahaha nafsu aku lebih kepada shopping)
Banyak lagi yang aku tak paham sebab ilmu aku memang cetek. Ye aku mengaku cetek! Tapi aku dalam proses belajar, belajar & belajar. Aku nak jadik contoh yang baik dekat anak-anak aku. Anak-anak? Ye aku mau Aliyah punya adik-adik mau dia berteman. Jadik aku perlu penuhkan ilmu di dada, berkelakuan baik, dirikan solat sebab solat itu adalah tiang agama. Kepada sang suami tolonglah bimbing isteri anda( Ye saya maksudkan anda)Kalau tiang tak kukuh macam mana dinding nak berdiri kukuh. Banyak persoalan bermain-main di minda aku ni, aku sangat daif bab-bab agama ni walau aku bersekolah agama suatu ketika dulu. Ilmu itu belum cukup lagi. Kenapa tak boleh buat ini? Kenapa tak boleh buat itu? Bagi aku, beramal sahaja tak cukup kalau aku tak faham segala isi-isinya. Tapi yang aku amat pasti agama yang aku anuti ini adalah PERFECT tidak ada satu pun yang kurang.Setan-setan sentiasa laju-laju mempengaruhi orang-orang yang macam aku. Ya Allah Kau lindungilah hambaMu ini dari Syaitan laknatullah!
No comments:
Post a Comment