Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya

Tahun ni hari raya tak semeriah macam dulu sebab aku baru kehilangan abah. Tapi raya tetap disambut macam biasa taaaaapi memang akan ada banyak bezanya. Alhamdulillah, I have found strenght to survive day after the day, but sometimes I don't realise I start crying. When I heard raya songs  I start crying, before I sleep I'm thinking of my abah. I pray for arwah abah as much as I can.  I know life must go on. 

Tahun ni turn Muar. Kena la ikut turn kan walau dalam hati Allah sahaja yang tau macam mana kuatnya keinginan nak temankan mak dipagi raya. First time kan beraya tanpa abah. Sangat-sangat susah! Rindu Allah saje yang tau. Hari ni aku keje lagi. Nak buek macam mana, cuti aku kan tahun ni banyak pakai. Macam-macam perkara jadik tahun ni kan. So malam karang kitorang akan berangkat balik ke sana. First time ni balik malam raya. Sepanjang hidup aku, aku tak pernah balik kampung malam raya. Semoga perjalanan kami nanti akan berjalan lancar. 

Kepada semua, Selamat Hari Raya Aidilfitri, semoga Allah menerima puasa kita dan menajdikan kita kembali dalam keadaan suci dan semoga kita tergolongan dikalangan orang - orang yang mendapat kemenangan.



SELAMAT HARI RAYA, PANDU CERMAT YE











Saturday, August 27, 2011

Wordless Saturday










- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 26, 2011

Maysaa!!!!!

Wah baca title pun dah rasa nak lari laju-laju satu rumah. Ok tengok gambar kat bawah baru tau kenapa aku nak lari laju-laju keliling rumah


Notification email from Maysaa.com
Maysaa dah restock diorang punya snood!!!!!!


Lepas je dapat notification e-mail dari Maysaa tanpa membuang masa aku terus serbu website diorang. Cepat-cepat book apa yang dihajati hati.




taraaaaaa!!! 
Nampak tak?! Nampak tak?! Ehee aku dah beli Maysaa Snood and their Chiffon Scarf Snood. Lama tau aku dok menunggu ni diorang restock benda alah ni, tak silap aku since April 2011. Mahal eh?! tapi kan ada gak yang blogger jual sejibik macam Maysaa punya. Diorang jual RM60 jugak! Tak adil kan. Dah la kau tiru bulat-bulat idea Hana Tajima lepas tu kau jual lak mahal-mahal. Itulah namanya  intellectual property, copyright. It's against the law. Free-free boleh kena saman. Nak tau blog mana yang meniru tu boleh check dekat sini


Tak lama je lepas aku order and made payment, diorang send satu lagi e-mail dekat aku



Hi NINI

Just to let you know…your order is now on its way to you. It’s left us and will be with you soon, and if you want to follow it’s journey you can find your tracking number at your maysaa.com account and enter it here.
While you wait, why not click here to check out what’s new in store.



eheee... sengih je aku hari ni. 


Thursday, August 18, 2011

Bitter lagi

Kadang-kadang bila ada perkara yang sedih berlaku dekat kita, kita perlukan kata-kata sokongan dari orang terutama keluarga terdekat kita. Takpe lah kau tak dapat datang bagi sokongan. Panggilan telefon pun takpe.. kalau tu pun tak boleh SMS pun takpe lah. Tapi satu pun aku tak dapat. Aku bitter!

Bila perkara yang sama terjadi pada dia dulu mak dengan arwah abah datang menziarah. Hmmm aku tak nak feeling2 sangat tapi aku memang bitter! Takpe lah mak dengan arwah abah ajar aku supaya jadik anak yang baik. Jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Berbaik sangka dengan orang. Takpe lah nini sabar aje lah. Ko kan anak mak abah yang baik.

... Aku rindu sangat dengan arwah abah. Al-Fatihah

Wednesday, August 17, 2011

Fipper in the house













Nah ni fipper untuk si kakak dan si adik. Selipar raya untuk diorang from their auntie. Fipper is a trend now. Sangat selesa! but yang paling penting murah!!!! Tak payah auntie kau ni beli crocs bagai. Lagi pun crocs berlambak imitation kat luor. Huhuhu aunty bukan cheapskate tapi duit raya korang auntie dah bagi banyak kan kan


- Posted using BlogPress from my iPhone

Saya yang takde keje

















Ok aku bosan... Sekarang nak sambung keje balik. Bye


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 15, 2011

Happy Belated 38th Birthday Ahkak!!!

To johorian born super akak Happy Beeeeeelated Birthday who turned 38th on 3rd of July. We love you akak


..... Hadiah fresh from Paris terlupa nak ambek... Selamat bergaya ye akak ku sayang


- Posted using BlogPress from my iPhone

15th Ramadan

15th Ramadan




Walk humbly, talk politely, dress neatly, treat others kindly, pray attentively, donate generously.
May Allah bless and protect us. Amin








Saturday, August 13, 2011

Aliyah's Song


Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Verse
Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau
Chorus
Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu
Ulang Verse
Ulang Chorus

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu
Ulang Chorus 3X
Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku


anak aku suka gila dengan lagu ni... sebab dia, aku terpaksa  hafal lagu ni. Malam-malan nak tido ajak aku nyanyi lagu ni *pengsan*



Friday, August 12, 2011

This is not Mission Impossible

Misi tak mustahil aku, aku nak bagi tiang rumah aku kukuh! Rumah yang stabil kena ada tiang yang kukuh. Rumah yang tiangnya ala-ala papan lapis bila-bila masa je boleh roboh. Sayang jom kita kukuhkan tiang rumah kita. 




Bitter

Hari ini 12 Ramadan. Pagi tadi on the way ke office aku dengar ada radio dah start pasang lagu raya. Aku bitter! Maaf tahun ni aku banned semua lagu raya. SEMUA!!! Jangan cakap aku emosional, jangan cakap aku tak redha. Aku redha pemergian ABAH, aku tau dan percaya kan Rukun Iman yang ke - 6 itu. Percaya kepada Qada' dan Qadar.... tapi aku masih dalam keadaan terkejut dan sedih. Famili aku punya hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Sangat -sangat rapat. Kehilangan Penghulu sangat-sangat dirasai aku dan keluarga. 


Aktiviti seharian berjalan seperti biasa tapi hati masih terasa kosong... Itu aku, mak apatah lagi. Teman sekatil, seperjuangan, teman gelak tawa, sedih pilu sudah kembali kepadaNYA. Ya dari DIA kita datang kepada DIA jua kita kembali. Misi aku dan adik beradik yang lain cuma mahu menggembirakan hati Mak. Mak sentiasa SuperMak kami. Nini sayang mak sangat-sangat.




.... pagi- pagi airmata dah bercucuran haishhhh. Memang tengah fragile sekarang ni


AL-FATIHAH


Tuesday, August 2, 2011

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi





Song by : Rabbani






Al- Fatihah untuk arwah abah

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, August 1, 2011

Al-Fatihah

Tanggal 26hb Julai 2011 tepat 8.40pm lelaki yang menjadi wali dan orang yang bertanggungjawab menikahkan aku telah meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya. Shocked and sad. Tu aje la yang dapat aku katakan. Alhamdulillah abah telah selamat disemadikan dengan sempurna di Tanah Perkuburan Karak. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada dan ingatlah selalu bahawa dugaan akan selalu berdepan dengan kita dan ini semua adalah sebahagian daripada kehidupan kita di dunia ini. Buatlah yang baik-baik agar kita hidup dengan penuh kebaikan dunia dan akhirat. Insya-Allah. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai dan dijauhkan azab kubur. Amin Al-Fatihah.


                                                            


p/s: People says first time is hardest and yes it was. This is my first Ramadan without Abah. Ramadan will never be the same anymore because he's no longer here but Alhamdulillah Allah still give me opportunity to celebrate Ramadan Al- Mubarak again this year.







Happy 2nd Birthday Aliyah

Semoga menjadi anak yang solehah dan menjadi insan terpilih di sisi Allah. Ibu dan ayah sayang sangat2 Aliyah


- Posted using BlogPress from my iPhone