Tanggal 26hb Julai 2011 tepat 8.40pm lelaki yang menjadi wali dan orang yang bertanggungjawab menikahkan aku telah meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya. Shocked and sad. Tu aje la yang dapat aku katakan. Alhamdulillah abah telah selamat disemadikan dengan sempurna di Tanah Perkuburan Karak. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa sahaja yang kita ada dan ingatlah selalu bahawa dugaan akan selalu berdepan dengan kita dan ini semua adalah sebahagian daripada kehidupan kita di dunia ini. Buatlah yang baik-baik agar kita hidup dengan penuh kebaikan dunia dan akhirat. Insya-Allah. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang diredhai dan dijauhkan azab kubur. Amin Al-Fatihah.
p/s: People says first time is hardest and yes it was. This is my first Ramadan without Abah. Ramadan will never be the same anymore because he's no longer here but Alhamdulillah Allah still give me opportunity to celebrate Ramadan Al- Mubarak again this year.
No comments:
Post a Comment