Friday, August 12, 2011

Bitter

Hari ini 12 Ramadan. Pagi tadi on the way ke office aku dengar ada radio dah start pasang lagu raya. Aku bitter! Maaf tahun ni aku banned semua lagu raya. SEMUA!!! Jangan cakap aku emosional, jangan cakap aku tak redha. Aku redha pemergian ABAH, aku tau dan percaya kan Rukun Iman yang ke - 6 itu. Percaya kepada Qada' dan Qadar.... tapi aku masih dalam keadaan terkejut dan sedih. Famili aku punya hubungan yang sangat rapat antara satu sama lain. Sangat -sangat rapat. Kehilangan Penghulu sangat-sangat dirasai aku dan keluarga. 


Aktiviti seharian berjalan seperti biasa tapi hati masih terasa kosong... Itu aku, mak apatah lagi. Teman sekatil, seperjuangan, teman gelak tawa, sedih pilu sudah kembali kepadaNYA. Ya dari DIA kita datang kepada DIA jua kita kembali. Misi aku dan adik beradik yang lain cuma mahu menggembirakan hati Mak. Mak sentiasa SuperMak kami. Nini sayang mak sangat-sangat.




.... pagi- pagi airmata dah bercucuran haishhhh. Memang tengah fragile sekarang ni


AL-FATIHAH


No comments:

Post a Comment