Friday, November 11, 2011

Cloth Diaper


Aliyah bukan baru dengan cloth diaper ni. Since she newborn dia dah aku pakaikan cloth diaper. Tapi-tapi bukan fully cloth diaper atas faktor-faktor tertentu Aliyah aku campur-campur pakaikan dia dengan  dispoable diaper. First CD Aliyah it was Lunatots Mahal occay! Masa tu aku beli 5 keping RM206.00 dengan Kak Shikin. Baik orangnya. Masa beli tu aku tengah pregnant 7 bulan. Aku tak pernah beli brand lain selain Lunatots. Ni bila Aliyah dah umur 2 tahun berat dia pun dh masuk 13kg. Dah sendat mendat dah semua CD dia. So aku pun try nak carik brand lain sebab Lunatots quite pricey kan carik punya carik aku jumpa Kak Zarina. Akak ni pun baik gak. Sempoi je. Kalau nak beli CD dengan dia aku highly recommend. Dengan dia aku order CD Cozy Babies size L to XL. CD ni muat sampai 17kg. Kat bawah ni aku tunjuk gambar CD yang aku beli dari Kak Zarina. 
Left: Lady Bug
Right: Cute bees
Comel kan!

Siap ada sertakan cara-cara menggunakan CD


Ok dekat bawah ni aku citerkan sikiT "WHY CLOTH DIAPERS"


KENAPA CLOTH DIAPERS????

1. Jimat kos pembelian.

Walaupun harga sehelai cd akan dipandang mahal bagi pengguna kerana harga sehelai cd dah dapat beli sepeket disposable diapers bukan???. Tapi mari kita fikirkan dari segi jangka masa panjang. Lebih2 lagi kalau anda bercadang mempunyai anak seterusnya.

Mari kita kira......

Kos menggunakan Dispo Diapers
sehari katakan 6 kali, dan katakan harga sekeping DD ialah RM0.60

RM0.60 X 6 = RM3.60 sehari
RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun
RM1314 X 3 =RM3942 untuk 3 tahun

Kos belian Cloth Diapers berharga RM45

Beli 10 helai : 10 x RM45 = RM 450
Beli 20 helai : 20 x RM45 = RM 900
* lebih banyak stok CD anda lebih tahan lama, kerana lambat lusuh

Jimat kerana boleh digunakan untuk anak seterusnya.
Jimat juga kerana boleh digunakan dari saiz S, M dan L

2.Cloth Diapers Lebih Sihat (rujuk kandungan Dispo)

3.Cloth Diapers Mesra Alam
Disposable Diapers merupakan 50% daripada sampah domestik rumah mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.

4.Cloth Diapers Bergaya
Terdapat dalam pelbagai pilihan warna untuk dipakaikan anak-anak kita.

1. Penggunaan kali pertama, CD dan Insert hendaklah dibasuh tanpa sabun. CD sekurangnya 2x manakala Insert sekurangnya 3x. Kenapa ? Membuang sisa kotoran pengilang dan menambah baik daya serapan fabrik terhadap cecair

2. Masukkan insert ke dalam pocket diaper dan selaraskan sz yang bersesuaian

3. Untuk penggunaan siang hari boleh gunakan sekeping insert, manakala malam ialah 2 insert. 1 insert boleh tahan 3-4 jam.

Jadual berikut boleh dijadikan rujukan :
7-10 pg : 1 helai cd + 1 insert
10-1 tg : 1 helai cd + 1 insert
1-4 ptg : 1 helai cd + 1 insert
4-7 ptg : 1 helai cd + 1 insert
7-12 mlm : 1 helai cd + 2 insert
12-7 pg : 1 helai cd + 2 insert

So total sehari penggunaan ialah 6 keping CD bersama 8 helai insert




.... so macam mana dah baca ni tak teringin ke jimatkan duit korang. Duit lebih tu baik korang simpan  untuk pembelajaran anak-anak korang bila diorang besar nanti. Tunggu apa lagi tukarlah!!!














No comments:

Post a Comment