Tuesday, November 15, 2011

My New Skin Look


Oohhh sila abaikan muka saya yang berkerut itu. Sila tumpukan perhatian pada my flawless skin. Huhuhuhu... bukan aku perasan tapi boleh dikatakan semua orang yang aku jumpa akan tanya akan perubahan kulit aku. Hihihi. Tarak rahsia. Tapi aku perasan perubahan kulit aku ni sejak aku pakai argan oil. Argan oil yang En Suami belikan tu. Suka suka suka la. Laa ni rejim harian aku cleanser, toner and argan oil aje lah. Benda alah lain aku dah takde pakai dah. Tak pakai make up pun takpe, mak tetap nampak cantik! :P tapi aku memang dari dulu pun jarang pakai make up tebal-tebal ni. Foundation pun jaaaaaaaaaaaaaaaarang pakai setahun tu ada la 2-3 kali aje pakai. Itu pun tengok pada occasion. 

La ni kalau En Suami balik dari Mauritania beg tak pernah takde ada Argan Oil. Ada aja orang kirim. Murah occay! Di ulang sekali lagi murah!! Lagipun tak perlu was was dengan ketulenan minyak argan tu. Dia memang pure from Morocco. En Suami beli dekat sana. 

Minyak argan ni banyak kegunaannya. Boleh sapu dekat muka, siku, tumit. Nak hilang kan jerawat. Sapu dekat rambut untuk melebatkan rambut. Hah yang lagi best boleh buat awet muda. Jangan tak tau argan oil ni kan ada jugak yang untuk di masak. Banyak lah kegunaannya. Korang boleh google pesal argan oil ni.

Ok lah nak tido, jumpa lagi



P/S:  Aku takde edit apa-apa dekat gambar ni. Ni memang gambar asal.

No comments:

Post a Comment