Friday, November 11, 2011

My Family My Love

My family is the most important part of my life...
















OOooooo tengah godek-godek internal hard disk suami aku terjumpa folder nikon. Baaaaannnnnyak giler gambo-gambo dekat folder tu. Actually aku tengah carik gambo-gambo yang sesuai untuk aku buat fridget magnet untuk  fridge rumah dekat Kerteh. Gambo Of course la dalam banyak-banyak gambo Aliyah la yang paling banyak. Ye la kita ni siapa la kan... dah jatuh no 2 terduduk terus. Hahahahah jangan marah ye sayangku. 

Eh ada orang tak tau aku dah kawin tau. Sengal ,tengok la montot makcik ni kan ke dah kembang je. I'm married with one kid! Kid takde 'S' ye. Ntah tak tau bila nak menambah kan bilangan ahli keluarga ni. Ikutkan hati nak aje anak banyak-banyak. Dah tua-tua nanti mesti seronok bila berkumpul. Tengok aje la family aku dengan family suami aku... beza banyaaaakkk occay! Suami kan ke anak tunggal. Dia lah intan, dia lah payung, dia lah permata, dia lah madu, dia lah racun. Apa-apa semua dia dia dia takde orang lain melainkan dia saje. kadang-kadang kesian dekat my PIL and of course suami aku time-time ada emergency. PIL dah tua so kadang-kadang certain perkara memang nak kena harapkan kami yang muda-muda belia ni(muda ke :P). Part yang paling tak best bila suami outstation obersee, ni ni ni menantu ni la yang kena galas tanggungjawab. Bukan bukan aku tak merungut tapi kadang-kadang aku pun ada limit jugak bab-bab menolong ni. Aku dekat KL kena handle anak, family aku and kerja. Aku memang harap sangat orang faham keadaan aku. Family aku pun kalau bab-bab nak mintak tolong aku ni pun diorang akan tengok jugak keadaan aku sebab diorang paham makcik ni cuti amat la banyak digunakan untuk si anak, sebab masa suami takde aku lah mak, aku lah ayah, akulah anak, akulah menantu, aku lah adik, aku lah akak.  Macam masa arwah abah meninggal hari tu, banyak benda nak kena settlekan nasib baik aku ada adik-beradik yang memang helpful!! Bab-bab ni aku memang tak nafikan suami, abang ipar, akak, and adik-adik aku tu memang diorang memang firts class! Sayang korang semua. 


Eeeiiii banyak pulak aku menceceh, apa-apa pun aku sayangkan family aku. Sebab tu masa nak kawin dulu aku memang cari lelaki yang utamakan family. Sebab tu aku kawin lambat dulu sebab punya la susah aku nak carik lelaki yang bercirikan tu. Kah kah kah kah ketawa guling-guling atas lantai :P

Aku tak berapa faham, dengan certain people yang sanggup tinggalkan suami/isteri or anak-anak semata-mata nak pergi berjimba. Sekali sekali takpe tapi kalau dah selalu sangat huisshhh parent apakah ini. Macam kes aku dengan suami memang kitorang 'long distance marriage". Tapi suami sangat-sangat menitik berat tentang quality time spent dengan keluarga.tapi Kitorang memang dah sama-sama sepakat dan bersetuju untuk duduk berjauhan sehingga our financial cukup stabil walau syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami tapi kami dah sama-sama sepakat. Ye rezeki ada di mana-mana. Buat masa ni rezeki aku di KL dan suami di Kerteh. Waima suami selalu jugak la outstation ke luar negara jadi apakah aku sanggup tinggal berdua dengan Aliyah di Kerteh waktu suami bekerja berbulan di luar negara. So, kesimpulannya kami sepakat berjauhan buat sementara waktu ini. Sementara aje ok! InsyaAllah setahun dua lagi aku akan ikut suami ke Kerteh. Tempat seorang isteri kan ke disisi suami. Nanti Aliyah dah sekolah dekat Terengganu jenuh la ibu nak kena kecek Ganu. Huishhh ikan jadik ikang. Nini sila belajar makan sata ye lepas ni... hihihihi

ok got to go... till see you around. Eh ada orang baca ke... elee tau ada je silent reader dekat sini. .. Eh today 11.11.11 la santek kan... 

Papai

No comments:

Post a Comment